Friday, March 15, 2013

Kefahaman

Aku cuba memahami,
Apabila adakalanya kamu tidak memahami,
Mengapa aku menangis,
Mengapa aku bersedih,
Hanya kerana perkara perkara kecil,
Sedangkan menurutmu
Tidak seharusnya menyebabkan air mata ku mengalir...

Bagaimana dapat ku meluahkan kepadamu?
Aku wanita,
Adakalanya hatinya bagaikan salju
Dimana emosi fikiran dan kematangan
Cepat terganggu
Sehingga mudah terasa dan berkecil hati.

Ubatiku..hatiku...perasaanku
Bukan bunga,emas permata,harta yang dipinta
Cuma seikhlas kasih sayang
Kebahagian,kefahaman
Jagalah hati ku
Agar sentiasa untukmu

Tunjukkan la cinta mu wahai cinta ku..