Thursday, March 19, 2015

Akan biasa

Langkah semakin tak pasti
Terkadang sunyi sekali
Masa berlalu lajunya pergi

Jiwa ini terasa kosong
Tiada lagi dihargai
Adakah aku yang terasa hati
Atau memang berjauh pergi

Pelukan jarang kurasai
Apatah lagi yang pasti 
Jarang sekali
Kau duga dengan perasaan 
Pilu dihati

Minggu ke minggu
Bulan ke bulan
Tahun ke tahun
Teruskan sampai terbiasa
Hilang nanti tak perlu terasa
Mainan jiwa itu kau rasa biasa sahaja
Tapi dalam sakitnya
Terima kasih kuterima...
Gila

Saikolojikang

Cakap fikir
Sebelum fikir rasa
Jangan main agak sergah aja,
Jadi sebab apa
Bagaimana dan caranya
Kau terlalu pekak telinga
Buta mata hatinya
Mati jiwanya

Faham tapi tiada beza
Sama sepertinya
Kayu dihantuk dinding tiada sakitnya
Dusyat itu kau kata kau mengerti semua..
Durjana si penipu jiwa
Kau bunuh hatinya
Kau genggam jiwannya
Kau panah perasaannya
Dan kenapa kau biar dia bergitu sahaja
Terkapai dalam perasaan 
yang remuk segala
Kau pendosa 
Pendosa neraka
Sakit hatinya bagai api membakar jiwa
Tenang mungkin itu rasa sahaja..