Sunday, May 10, 2015

Masa itu!!

Fahami itu sukar
Mengerti itu dalam
Tuduk bersujud
Agar hati ini tenang..
Aku mahu rahmat itu
Bukakan pintu hati 
Agar aku lebih dewasa
Dan mengerti

Masa tak henti
Melainkan nyawa dihati
Sempurnakan hidup
Ini dengan iman dihati

Beri jalan
Agar ia terjadi


Friday, May 1, 2015

#diaisteriluarbiasa

terkedu seketika
ada lagi wanita semulia dia
yakni yang hadir depan mata
tanpa aku mengerti apa sebenarnya
di dalam lubuk hatinya..

indah senyum bagaikan bidadari
turun dari kayangan
redup matanya mengukir
seribu erti kesukaran..

kini tiba harinya
dimana hari syurga untuk
seseorang wanita sepertinya
redha tak semua mampu melakukanya..

malam yang kelam lagi dingin
turunnya dia dia satu majlis
majlis yang dihadiri oleh
sedara mara dan sahabat andai kenalanya

langkah kaki di iringin kekuatan
anak yang didukunginya
senyum sambil memuji
sang suami yang segak pakainya

sambil bersua muka dengan semua hadiri
salam dihulur satu persatu..
seperti biasa senyuman tak pernah lekang
dari lakaran bibir yang mungil itu..

mungkin ramai yang akan berkata
siapakah dia
dan apa yang dia rasa dikala ini
tapi aku pasti
hanya dia dan maha PENCIPTA
tahu apa yang terjadi

kuat hatinya itu
membawa eri kebahagian
kepada seorang lelaki
yang digelar suami ...
sayu hati ini bila mengerti..
wanita itu MAMPU

ini hari,hari penikah
bukan dia tapi suaminya
bersama wanita lainnya...

YAALLAH kau lindungi wanita mulia sepertinya
kerana ia tak mungkin aku...