Aku ketakutan
berfikir sejenak
senang sahaja segalanya hilang
kebahagian,harta dan kesenangan
tiada apa yang kekal
entah bila kita..
masa kita pula
meninggalkan segala yang kita ada
kerana disana akan kekal selamanya
yang ditinggal
sentiasa harus meneruskan kehidupan
yang meninggalkan
harus menempuh membawa segala bekalan..
Engkau lagi maha mengetahui
segala persoalan yang mereka ingin pasti
apa yang terjadi
persoalan terhenti
ketika jasad ditemui
seminit pun aku pasti tidak boleh berhenti
bila masa datang menghampiri..
YAALLAH aku mohon padamu
kau bukakanlah pintu taubat untuk ku..
Al-fatihah QZ8501
Tuesday, December 30, 2014
Saturday, December 27, 2014
Ini ujian untuk kita semua!!
Assalammualaikum semua!
December kembali lagi,kali ini dengan berita yang sangat sedih lagi menyayat hati,apa yang boleh aku katakan,ini ujian dari Illahi, amat terasa besar sekali ,wahai sedara-sedara ku sekelian aku bersimpati dengan keadaan kamu,tapi aku tidak mampu melakukan apa-apa selain dari berdoa agar kalian semua kuat dan selamat melalui semua dugaan ini..bersabarlah mungkin semua ada hikmahnya..
#prayforpantaitimur aku harap bukan sekadar dijari tapi dari hati..
Inas the maleficent "birthday party"
Salam semua ,terasa macam lambat sangat je nak up story the November ni ahahahx3 dah macam basi pun adakan
Tapi jangan salahkan mama ,salahkan blog yang kekadang buat tension je,dok type meraban panjang panjang story da sort cantik punya sekali bukak inbox kosong...kosong..kosong ,nak cakap feel macam mana pun da tak tau..sadis gila..stuck 🙈🙈
Okey okey start the real story bout the maleficent ni..dari bulan 10 mama dah rancang nak buat birthday inas tihani, tahun ni besar skit,alhamdulillah ada rezki skit tahun ni..so we set the theme and everything..apa lagi si anak gadis teruja gilalah kan setiap hari akan tanya..but mama juz diam n ckp mayb tak jadi jea, apa lagi si anak pun fe-feeling sedihlahkan ,sebab dia tak nampak mama do preparation apa-apa kot that y asyik tanya jea..mama xperlu nak buat apa,kali ni mama just panggil planner utk setup everything hahahahax3 ..do a silent jobs hiii
So hari ditunggu sudah tiba..tadaaa let start d party..aikk mane semua org ni 😅😅 janji kol 3 but still cm xramai,mula mula risau juga kan..tp after 1 hour kebabomm tempat pun full..neway thanks alot pada semua tetamu yang hadir..okey mama malas nak tulis meraban sangat takut sat gi habis hilang semua 😂😂 memang nagis tak berlagu..kita straight jump to the party
- Birthday girl : Inas tihani binti Khairulanizam
- Theme : maleficent
- Wardrobe : Jpartyhavoc
- Deco : Jpartyhavoc
- Kambing : Wan ( googling ) sama dgn aqiqah iman
- Sound : kimy saha (mama bestfriend)
- Cake : Intan ( abah friends )
- Transfomers costume : azam ( abah friends)
- Photographer : izhar studio
- Vanue / catering : k club melawati
Hope everyone enjoy yeaa..jomz mama share picca 😘😘😍
helping mama wat doorgift 😍😍
Kalo nak ikowtkan satu album mama nak letak sini aahahah🙈🙈 ..mama mmg over xcited dgn event,kenduri and ollz everything yang nak jemput org datang..sbb mama suka ,suka bagi orang makan,suka orang datang rumah n suka orang ramai ramai, and tak lupa juga pada planner yang tersangat sangat power from jpartyhavoc ,serious mama tak sangka u bole control everything sampai mama tak perlu nak buat apa apa.hii best gila,datang da macam tetamu terhormat je rasa hiii good job dear ..alot of thanks
Opz lupa thanks juga pada yang hadir ,sporting..Karoke section the best semua ..pada pemenang ,tahniah mama ucapkan,pada best dress kids n adult tahniah tahniah tahniah u ollzz tersangat sangat AWESOME!!!!!
a lot of love qaseheyna_riena
Friday, December 19, 2014
gone...gone
Tak tau nak kata apa dah
macam dah banyak idea tulis entry dua hari lepas
siap ngantuk ngantuk bagai
tapi mana pergi ek
entry GONE
adakah aku di awangan ketika itu
sampai terbawa-bawa dialam mimpi yang fana..
ehhh unbelievable
stress pula dibuatnya
mana taknya entry yang mengambil masa yang sangat banyak
gone bergitu sahaja.....damn cool dear ..
its okey so just stay tune ..
im back :)
lot of love qaseheyna_riena
macam dah banyak idea tulis entry dua hari lepas
siap ngantuk ngantuk bagai
tapi mana pergi ek
entry GONE
adakah aku di awangan ketika itu
sampai terbawa-bawa dialam mimpi yang fana..
ehhh unbelievable
stress pula dibuatnya
mana taknya entry yang mengambil masa yang sangat banyak
gone bergitu sahaja.....damn cool dear ..
its okey so just stay tune ..
im back :)
lot of love qaseheyna_riena
Monday, July 14, 2014
Silam
ketemu jua,
sudah sampai waktunya,
aku harus buang,
bukan niat untuk membuang segala,
memori dan bukan cara memadam dosa azali,
tapi untuk hari ini,
aku yang kini,
cara menghormati diri sendiri..
mungkin kini aku menjadi insan walaupun masih ditulisan in sahaja,
belum cukup lengkap segala..tapi perlahan
aku harus berubah
kalau ku tahu,
begini keterbukaan hati,
dah lama aku lalui,
hidup yang bergini,
ketenangan,kelapangan
ketenangan,kelapangan
harus aku cari
terima kasih wahai hati
engkau harus terubati..
*perkongsian segala gambar yang dahulunya kelam harus dipadam maaf atas keharusan*
Wednesday, June 25, 2014
IQ iman qisya
Lama tak menulis bukan bererti ak ni dah kehabisan idea,tp selepas beribu urat putus itu hari,aku rasa tak ada mood nak menatap blog nie lagi,bukan apa iman qisya si cekmek molek tue bergolek2 depan mata,di tolak tepi segala apa yang best laennya sbb ini kini terpaling best bila iman qisya muncul didunia segala duniawi yg laen kalah ditandinginya..ahahahah
Disbbkn da lame i oulzz x update blog ni i ollz share ni
Wednesday, March 26, 2014
Chinta solehah
Tiada apa yang dapat dikata
Melainkan terima kasih
Syukur dengan kehadiran
Kamu didunia sayang..
ALLAH memberikan aku rezeki terindah
Untuk menjadi wanita yang sempurna
Aku harus menjaga pinjaman ini
Dengan sempurna
Iman qisya nama diberi
Oleh kami sendiri
Indah nama bersama harapan
Wahai indah hiasilah dunia kami
Solehah dinanti
Allahuakbar!!!!
*wajah2 hati,semoga kamu sentiasa dirahmati oleh Illahi solehah ku!!
Wednesday, January 15, 2014
Cerita itu
Jam menunjukkan hampir 3 pagi,mata aku ni masih lagi segar bugar tapi pergerakan tak selaras dengan lemahnyer tubuh badan aku ini,serius terasa sedih n nak menangis je rase,bila badan lesu,lengguh,tidur xlena,makan banyak berat badan naek yang paling ketaranya bila emosi terganggu..Bukan mengeluh cuma nak share ape yg ak rase wat masa skrg nie....Yaallah kau berikanlah aku kekuatan...:(
Mungkin aku terlalu manja,sampai nak kan lebih perhatian dari semua org terpaling-paling mr hubby,tp bukan aku sengaja nak camtu,sampai satu masa aku rasa sedih,sbb mungkin aku terlalu fikir yang bbukan,sdgkan mr hubby da wat yang terbaik tuk aku..(biasa la ibu mgandung)sensetifnya berganda-ganda...utk hilangkan kesedihan n banyaknyer berfikir yg bbkn,aku bawa n layan diri aku dengan membuzykan diri,semua benda aku buat,kemas umah,kemas dapur,basuh baju,kuar pi blie brg dapur,jln ke umah mak,jln ke tesco,carefour,fajar,jusco untuk meredakan aty sendiri..larat xlarat tue belakang cerita...jln la ssorg ngan perut yg memboyot nie..yea la dok umah pun bosan,nak wat kje semua da clear..nak masak mrmmm bukan mood msk skrg nie..tggu la after abesh pantang baru start masak balik...dok umah pun xder sape mr hubby kje,ader pun adek dia je,tue pun dowg malas nak melayan mak buyong nie ah...ahahahx3 baik dowg wat hal sendiri mrmmm kan kan...layan drama mrmmm no komen kowg tau tau jewk la ASTRO ,silap-silap aku leh ikowt scrip dowg dah tue cita ulang jutaan kali bosan gileeee...gile bosan...tapi aku ttp xleh tido malam walaupun semua aktiviti aku da buat pada waktu siang hari aduhh2 mane tahan mcm nie...btry pun semput niekan aku ..
Kuatnya wanita itu yg aku boleh ckp..ape yang aku rasa skrg nie buatkan sayang aku pada mak aku makin bertambah-tambah...kuatnya dia smpai boleh melahirkan 4 org anak ,menjaga dan membesarkan anak2 dia..aku nie blum pasti lagi mampu buat wat mcm ape yang mak aku penah buat dulu..mak kak yang syg mak..a lots..tak tau nak ucapkan dengan kata kata..(tik tik tik)kan dah mgalir air mata nie..aduh emosinya lah pun..kak yang minta doa dari mak supaya semuanya akn berjalan lancar..dan segalanya dipermudahkan..kak yang nak jd kuat mcm mak,plzzz ;( ..xoxo
Subscribe to:
Posts (Atom)