Tuesday, November 10, 2015

apa lagi yang perlu aku lakukan
bila semua telah aku laksanakan
tetap tak mencukupi

.

kotak yang kau harus muatkan
terlalu sempit untuk aku

hati yang terlalu sakit
terlalu sukar untuk kau ubati

kejam
sayang itu kejam
tertusuk benak terluka

kau tak lagi seperti
yang aku fahami

rasa yang pendam
sudah ada jalannya

tolong buang rasa ini
agar aku tak terluka

dia yang terbaik
kau telah buka pintu hati

terima kasih atas penjelasan ini..


paling..

namun paling sedih
bila meyedari
insan pslingku sayangi
paling menyakiti..

Sunday, September 20, 2015

mungkin untuk menjadi wanita itu mudah
bagi yang betul betul memahaminya

tapi tolong fahaminya
cara apabila engkau
menjadi dia.
jangan terlalu bersangka segalanya mudah
tapi engkau sendiri tidak pernah tahu

apabila dia sebenarnya
ingin kan kamu jadi kekuatannya
tapi kemana
engkau menjadi anak kecik
yang harus di urusakan olehnya
malah beban berat harus dipikulnya

sabar wanita..
kita sama

Sunday, May 10, 2015

Masa itu!!

Fahami itu sukar
Mengerti itu dalam
Tuduk bersujud
Agar hati ini tenang..
Aku mahu rahmat itu
Bukakan pintu hati 
Agar aku lebih dewasa
Dan mengerti

Masa tak henti
Melainkan nyawa dihati
Sempurnakan hidup
Ini dengan iman dihati

Beri jalan
Agar ia terjadi


Friday, May 1, 2015

#diaisteriluarbiasa

terkedu seketika
ada lagi wanita semulia dia
yakni yang hadir depan mata
tanpa aku mengerti apa sebenarnya
di dalam lubuk hatinya..

indah senyum bagaikan bidadari
turun dari kayangan
redup matanya mengukir
seribu erti kesukaran..

kini tiba harinya
dimana hari syurga untuk
seseorang wanita sepertinya
redha tak semua mampu melakukanya..

malam yang kelam lagi dingin
turunnya dia dia satu majlis
majlis yang dihadiri oleh
sedara mara dan sahabat andai kenalanya

langkah kaki di iringin kekuatan
anak yang didukunginya
senyum sambil memuji
sang suami yang segak pakainya

sambil bersua muka dengan semua hadiri
salam dihulur satu persatu..
seperti biasa senyuman tak pernah lekang
dari lakaran bibir yang mungil itu..

mungkin ramai yang akan berkata
siapakah dia
dan apa yang dia rasa dikala ini
tapi aku pasti
hanya dia dan maha PENCIPTA
tahu apa yang terjadi

kuat hatinya itu
membawa eri kebahagian
kepada seorang lelaki
yang digelar suami ...
sayu hati ini bila mengerti..
wanita itu MAMPU

ini hari,hari penikah
bukan dia tapi suaminya
bersama wanita lainnya...

YAALLAH kau lindungi wanita mulia sepertinya
kerana ia tak mungkin aku...





Monday, April 13, 2015

Nikmat

Alhamdulillah,

Kesabaran itu kebahagiaan
Dan kebahagiaan itu indah
Sama seperti indahnya bila kita bersabar..

Aku tersenyum
Terkadang malu
Tapi tak apa kerana
Itu indah..

Aku marah
Terkadang geram
Tapi sabar itu indah
 
Aku letih
Kepenatan tapi aku tau
Sabar itu indah

Akhirnya cash keindahan itu
Kau billionare 
Percayalah 


Tuesday, March 24, 2015

mati rasa..matikan saja

aku tau rasa
rasa yang semua orang kata
aku tau kata
bila aku merasakanya
bila tiada lagi rasa
tak guna disimpan kata
rasa yang ingin bersama
pudar dalam sekelip mata

usah disimpan
maka buangkan saja
aku manusia juga 
bukan patung tidak dapat merasa

sakitnya raga
seksanya jiwa
benci yang membuatkan duka
mungkin tiada kepentingan semata
aku tau aku tiada apa...

pendam seksa
campak derhaka
neraka terasa
aku terseksa

lepaskan jua
jangan disimpan lama
busuk tidak berguna....



dengar aku!!!

apa lagi yang perlu aku lakukan
bila apa semua aku laksanakan
masih belum mencukupi!!

Sunday, March 22, 2015

Owl theme birthday iman qisya mama


Da besar tu jea boleh cakap
Masa laju memang kita tak akan perasan
Macam baru semalam melahirkan puteri kecik mama & abah iman qisya ni
Today da setahun lebih da dia 
Lagi bambam lagi ragam lagi gaya
Ahahha selamat ulang tahun sayang..for the 1st birhday celebration nih ..mama mampu buat nih jea untuk sayang..
Comei party ever for iman qisya 😍😍😘

Baby   : iman qisya binti khairulanizam
Party   : iman qisya turn 1 😍
Theme: owl black pink and polka dot
Planner: jpartyhavo (insta)
Pgrafer :shahkasahias (insta)
Vanue   :homie
Date     : 21/2/2015

Thanks pada parents family members and friends 😘😍😍😍 for helping n coming to enjoy d small party with us lot of love guys 
 

Lets share the precious moment 😍😘  


Selangkah kehadapan

Kau segalanya bagi ku
Bukti cinta kasih aku pada ayah mu
InshaAllah hadirnya kau 
Akan mengikatkan lagi ikatan kami
Amin...

Puteri ku iman qisya
Dari awal hadirmu
Kau memberi senyuman
Tangisan dan ragammu
Membuat aku lebih matang
Sabar dan kuat
Untuk meneruskan kehidupan ini

Puteri ku iman qisya
Masa terlalu pantas
Untuk kau mengertikan
Kini kau telah besar
Memberi sinar pada ku
Selamat menjadi anak yang selehah 
Dari mama untuk anak
Cinta kau anak ku




Qaseheyna_riena

Way

Perkahwinan itu adalah
Suatu perjalanan yang panjang

Kadang kadang 
Ada pasang surutnya
Ada beza jaraknya
dan banyak likunya..

Terpulang pada pemandu 
Yang melaluinya
Cermat dan sabar adalah
Instiqamahnya...

Thursday, March 19, 2015

Akan biasa

Langkah semakin tak pasti
Terkadang sunyi sekali
Masa berlalu lajunya pergi

Jiwa ini terasa kosong
Tiada lagi dihargai
Adakah aku yang terasa hati
Atau memang berjauh pergi

Pelukan jarang kurasai
Apatah lagi yang pasti 
Jarang sekali
Kau duga dengan perasaan 
Pilu dihati

Minggu ke minggu
Bulan ke bulan
Tahun ke tahun
Teruskan sampai terbiasa
Hilang nanti tak perlu terasa
Mainan jiwa itu kau rasa biasa sahaja
Tapi dalam sakitnya
Terima kasih kuterima...
Gila

Saikolojikang

Cakap fikir
Sebelum fikir rasa
Jangan main agak sergah aja,
Jadi sebab apa
Bagaimana dan caranya
Kau terlalu pekak telinga
Buta mata hatinya
Mati jiwanya

Faham tapi tiada beza
Sama sepertinya
Kayu dihantuk dinding tiada sakitnya
Dusyat itu kau kata kau mengerti semua..
Durjana si penipu jiwa
Kau bunuh hatinya
Kau genggam jiwannya
Kau panah perasaannya
Dan kenapa kau biar dia bergitu sahaja
Terkapai dalam perasaan 
yang remuk segala
Kau pendosa 
Pendosa neraka
Sakit hatinya bagai api membakar jiwa
Tenang mungkin itu rasa sahaja..

Wednesday, March 18, 2015

hatinya
mudah terasa..
hatinya
mudah tersentuh..
hatinya
ingin dimengerti..
hatinya sahaja..

kerana dia memang dicipta hanya untuk dikasihi..
sehingga kau rasa susah dimengerti..
sudahkah kau pasti
kau usaha untuk fahami.,.,

emosi melebihi
segala apa yang di hajati
bukan ruang yang dikehendaki..
bukan hanya hatinya sahaja dia nak kau fahami
rasalah nalurinya sekali
kerana wanita
memang sukar ditafsiri
dengan kau yang hanya berdiam diri..

rela pergi kerana derita ini
dia merasai
walaupun kau tak pasti..
apa sebenarnya yang dia kehendaki..




qaseheyna_riena



20/3/2015

terlalu ingin menjadi yang terbaik
walaupun sebenarnya tak mampu.

Wednesday, February 25, 2015

Perempuan

Buat apa sahaja demi cinta
Rela atau tidak itu bukan punca
Rela sakit menempuh dunia

Perempuan itu
Mungkin aku,dia dan semua
Sama tak ada apa yang beza
Senang kau jaga
Cuma hatinya

Perempuan ini
Selalu ingin dimanja
Malah dipuji segala
Penat lelah hilang sekelip mata
Bila kau kasih padanya

Perempuan 
Tiada apa yang beza
Emosi juga sama
Tapi jika kau tau
Setianya dia
Pasti kau akan menjaganya

Perempuan kini
Pandai segala
Tak risau ditinggalkan
Malah kuat tambahnya
Kerana mereka pasti
Ada jalannya

Perempuan ini menulis kerana sakit
Sakitnya dia kerana kasih
Deritanya dia kerana sayang

Wednesday, January 14, 2015

titik permulaan dan akhirnya

pernah bertanya pada diri
apa mahu sebenarnya hati
angan angan tinggi
tapi satu pun tak bererti

menjadi seperti TUAH
tidak sekali
menjadi seperti PUTERI
ku sedari diri

setiap insan lain jalan ceritanya
tak sama itu ku pasti
apa yang ada memang sentiasa
akan disyukuri...
bersyukur kerana dibukakan hati
untuk kenal siapa diri..

kau bergitu caranya
aku bergini jalannya
tapi kita tetap ciptaanNYA
bak seperti yang dikata
kau tuntulah ilmu hingga ke negara china
tapi tak tercapai oleh diri ini...
lalu berbeza dari yang lainnya
ku cuba isi dengan sendirnya
ilmu sayangi MAHA PENCIPTA

ku temui kebahagian ini
dengan takdirNYA
aku masih mampu berdiri teguh
..

bukan tak mengejar ilmu
mungkin kurang keterbukaannya
kalau boleh dindur masa..
ku ingin lain caranya
tapi kebahagian tetap sama..


smile