ahh da mcm ustazah nak berucap ni,mengatal je ayat..
so hope di hari baik dan bulan baik,,,hope still tak terlambat nak mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA yowww..
So untuk entry yang seterusnya nie,terasa macam nak kongsikan sesuatulah pasal diri sendiri
benda dah lama nak kongsi cuma tak tau nak susun ayat jewk macam mana..nak dijadikan cerita bila duk sesorang kat rumah sambil berangan dan sambil tv yang menonton kita,terkeluar dan terlintas kat kepala otak nie dengan tiba-tibanya ayat ini menari-nari di kepala
"Bila kita sayangkan seseorang segala perbuatan dan niat jadi automatik"
sebenarnya diri sendiri pun susah nak faham ape meaning dari ayat ini..lama-lama duk mengaru kepala sambil bertenet ah baru nak kejumpaan..
mungkin kita tak perasan atau buat buat tak perasan,tapi bagi aku benda ni normal...,normal bagi semua orang yang sedang melalui zaman percintaan..sebab apa aku cakap macam tu,sebab bagi aku susah nak jumpa orang yang betul-betul baik ,kalau perbuatannya itu tak kerana dek suka atau bersebab,mustahil jugak nak berlaku ..betul tak?tapi tak semua ogeh :)chill
kat sini aku bagilah satu dua tiga empat dan lima contoh ahahahahah..mungkin ada yang masih tak faham dan masih lagi mengaru kepala khikhikhiiiiii..
contoh yang pertama:
salam perkenalan kita dengan seseorang,pada awal perkenalan ,semuanya indah,nak tau sebab apa??sebab si dia sanggup saja buat apa-apa untuk kita,dan si dia tak berasa berat hati pun untuk melakukanya..seperti,ambik kita dari tempat kerja,hantakan makanan untuk kita,temankan kita kesini dan kesana,tak der masalah dengan perangai mgada2 kita...betul tak??kadang2 ini jugak yang kita lakukan untuk seseorang :) big smile
contoh yang kedua:
if anda betul-betul cinta akan seseorang anda akan cari dan buat apa sahaja benda yang si dia suka,yang buat dia bahagia,yang boleh buat dia senyum sampai ke telinga..if pasangan suka tengok wayang,kita bawak ke wayang,if suka karoke kita bawak ke karoke...if kita ni isteri kita masak makanan fav suami,kemas rumah untuk suami,semua menjadi satu tanggungjawap yang kita tak rasa ia satu bebanan pun..sapa setuju ??sila angkat tangan khikhiii..
cukup la dua contoh yea lebih-lebih jadi mengarut pulak nnti...so the moral of the story buatlah orang yang kita sayang bahagia,mungkin ia dapat membahagiakan kita juga..kadang-kadang kita tak minta pasangan untuk buat benda yang bukan-bukan cuma sekadar termampu dan simple AUTOMATIK dari diri dia..so hope semua bahagia..buatlah kerana cinta,sayang dan kemesraan yang di pupuk semoga semuanya berjalan normal
wasalam...
kebahagiaan bukan terletak pada kemewahan kadang-kadang terletak kepada kefahaman..
if kita saling memahami ,kemewahan itu dianggap rezeki dari illahi..bertambah kukuh satu kerusi.kerusi cinta abadi..insyaallah
No comments:
Post a Comment